Riwayat Hisyam dan Ibnu Zakuan
SurahAl-Insyiqaq
Hafs : 25 ayat
Ibnu 'Amir : 23 ayat
Hafs : 25 ayat
Ibnu 'Amir : 23 ayat
Ayat 1 :
- Mad wajib muttasil - 4 harakat.
- Bagi kalimah yang ada hamzah di hujungnya, السماء , semasa waqaf, Imam Hisyam membacanya dengan 5 wajah iaitu
- Ibdal huruf hamzah kepada alif dan harus dibaca 2, 4 dan 6 harakat bagi hamzah berbaris atas, bawah atau hadapan.
2. Dan ditambah 2 wajah lagi bagi hamzah yang berbaris di bawah atau hadapan:
Tashil beserta raum dan harus dimadkan sebelumnya dengan
a) 4 harakat atau
b) 2 harakat
Ayat 6 :
- Mad jaiz munfasil - 4 harakat.
Ayat 10 :
- Waqaf bagi kalimah yang ada hamzah pada hujungnya tetapi tidak berbaris bawah atau hadapan iaitu berbaris atas, maka cara bacaannya adalah 3 wajah
Ayat 12 (10 : Ibnu 'Amir)
- Farsyi Al-Huruf (khilaf bacaan di antara ahli Qura') - dibaca dengan wayusolla, bukan wayasla.
Ayat 21 (19 : Ibnu 'Amir)
- Kalimah قرئ apabila waqaf bagi Imam Hisyam, hanya ibdal hamzah kepada huruf ya' - maka dibaca dengan قري (quriy).
* Perkongsian ini bertujuan supaya setiap orang dapat membaca surah ini mengikut Qiraat Ibnu 'Amir dengan betul.
* Dengan adanya nota ini, saya lebih cepat mengingatinya dan dapat menjadi rujukan
apabila saya perlukannya.
* Sebarang kesilapan atau teguran, amatlah dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment